Beliau merupakan pengasas MyJ Project yang telah bertapak di bumi Malaysia sejak tahun 2006 lagi. Wanita kental yang berasal dari negeri Melaka ini telah 7 tahun menjadi usahawan Hai-O Marketing dan sekarang memegang pangkat tertinggi dalam Hai-O iaitu Crown Diamond Manager yang dicapainya dalam masa 10 bulan sahaja sejak Oktober 2003 lagi.Sebelum menyertai Hai-O Marketing, beliau adalah bekas pensyarah di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, mempunyai kelulusan Degree In Education, Master In Education, Bachelor in Education. Suami beliau iaitu CDM Sazalee Mohamed juga seorang usahawan Hai-O Marketing merupakan bekas jurutera Telekom Malaysia Berhad.
Penghijrahan beliau ke Johor pada 2007 memberikan kejayaan yang sangat besar dan tertubuhnya MyJ Project, kumpulan dibawah Hai-O Marketing pada Oktober 2007. Selepas hampir 3 tahun MyJ Project tertubuh, sekarang MyJ mempunyai lebih daripada 500 orang usahawan aktif dan telah melahirkan 12 orang CDM dibawah bimbingan beliau.
Beliau telah menerima Darjah Indera Mahkota Pahang daripada DYMM Sultan Pahang yang membawa gelaran Dato' pada 25 Oktober 2009. Sebagai leader yang cukup hebat, beliau mempunyai visi dan misi yang jelas untuk menaiktaraf kehidupan orang-orang bumiputera di seluruh Malaysia.


