I made this widget at MyFlashFetish.com.

MyJ Project

 




Salam Perjuangan! 

Kepada semua sahabat yang baru menyertai MyJ, anda dijemput untuk menghadiri seminar ini bagi mendapatkan lebih banyak penerangan mengenai dunia keusahawanan MyJ disamping dapat merapatkan lagi ukhwah antara ahli-ahli MyJ. Kehadiran anda ke seminar ini amat digalakkan kerana ia membantu anda untuk memantapkan lagi jatidiri sebagai seorang usahawan yang berjaya. 

Antara penampilan istimewa yang akan turut menyempurnakan seminar ini ialah YH. CDM Dato' Hjh. Suhaili Bte Yusop dan CDM Abang Hashim dari Sarawak. 

Jangan ketinggalan untuk menyertai seminar ini dan kepada sahabat-sahabat pejuang yang berminat untuk menghadirinya, sila hubungi En. Elyas di talian 07-234 4700.
Labels: | |
MyJ Project
Ada beberapa perkara yang perlu anda selidiki sebelum anda ingin turut serta dalam perniagaan MLM
  1. Pastikan sama ada syarikat tersebut mempunyai lesen AJL (Akta Jualan Langsung). Anda boleh membuat penyemakan di laman web KPDNKK www.kpdnkk.gov.my
  2. Pastikan latar-belakang pengurusan syarikat.
  3. Pastikan syarikat mempunyai produk.
  4. Pastikan syarikat tiada masalah untuk membayar bonus atau komisen.
  5. Pastikan pelan pemasaran syarikat telah diluluskan oleh KPDN&HEP supaya anda tidak terpedaya.
  6. Pastikan produk syarikat mendapat kelulusan daripada pihak yang berkuasa.
  7. Pastikan syarikat tersebut menyediakan bengkel latihan kepada pengedar.
  8. Pastikan sistem yang diguna-pakai telus.
  9. Pastikan keberkesanan sistem menyokong kepada perkembangan perniagaan.
  10. Pastikan perniagaan mampu menerokai pasaran global.
  11. Pastikan jika ada kemusykilan berhubung hukum hakam agama (Islam), rujuk dahulu dengan mereka yang arif (pandai).
MyJ Project
1. Perlu mempunyai daya fokus yang tinggi. Tetapkan matlamat kita untuk menjadi kaya, dan tetapkan jangka masa sasaran. Kemudian, berusaha dan beri tumpuan untuk mencapainya tanpa menghiraukan perkara lain yang boleh menganggu dan melambatkan usaha kita.

2. Masa memainkan peranan penting sekiranya ingin cepat kaya. Uruskan masa dengan sebaik mungkin. Lakukan banyak kerja dalam masa yang singkat. Kebiasaan manusia kerja 5 hingga 7 jam sehari, anda perlu kerja 12 hingga 14 jam setiap hari. Dengan melakukan ini, anda dapat mencapai matlamat 2 kali ganda lebih cepat daripada majoriti manusia.

3. Berjimat bila berbelanja. Wang yang diterima jangan pula dibelanja sesuka hati oleh kerana kekayaan bukan bermakna berapa banyak kita peroleh, tetapi ia bermaksud berapa banyak kita simpan. Jauhkan dari skim cepat kaya, pelaburan internet yang hanya akan membazirkan wang anda saja.

4. Aliran pendapatan berganda. Fokus pada matlamat. Sekiranya matlamat menjadi kaya, cara menjadi kaya boleh dipelbagaikan. Mulakan perniagaan kerana sembilan per sepuluh rezeki datang dari perniagaan. Kalau kerja sepenuh masa di pejabat, mulakan perniagaan sambilan. Kemudian, melabur juga wang kita (bukan pelaburan internet) untuk mendapatkan aliran pendapatan berganda. Dalam masa yang sama, pelbagaikan peluang perniagaan dan pelaburan. Ini akan menggandakan pendapatan.

5. Aturkan strategi. Kejayaan kewangan bukanlah nasib. Susun strategi simpanan, pelaburan. Aturkan strategi perniagaan. Apakah langkah yang perlu diambil untuk mencapai matlamat itu? Ilmu apa yang patut ditambah untuk menjadi kaya? Siapa perlu kita dampingi untuk memudahkan kita mencapai kejayaan? Sekiranya langkah tidak menjadi, apakah pelan B yang boleh dilaksanakan? Jangan mudah berputus asa.

6. Menjadi cepat kaya, bukanlah nasib. Duduk dan drafkan perancangan seperti jurubina memerlukan pelan untuk membina bangunan yang megah, anda juga perlu pelan untuk mencapai kebebasan kewangan. Untuk kaya cepat, pelan lebih mantap dan sempurna perlu dilakukan.

7. Jangan lupa kepada tuntutan agama kerana setiap rezeki yang kita perolehi datangnya dari Allah. Setiap kesenangan yang kita terima di atas dunia ini adalah datang daripada Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah dan Dia akan melimpahkan rezeki yang banyak kepada umat yang sentiasa mengikut perintah-Nya.

Harap tips ini dapat memberikan motivasi kepada kita semua untuk mencapai kejayaan.
MyJ Project

JAKARTA 13 April – Hai-O Marketing Sdn. Bhd. yang meluaskan pasarannya ke Indonesia menerusi perusahaan PT Hai-O Indonesia, menyasarkan mendaftar 1,000 anggota dalam tempoh enam bulan.

Pengerusi Kumpulan Hai-O, Tan Sri Osman S. Cassim berkata, sambutan masyarakat negara ini terhadap syarikat jualan langsung (MLM) itu setakat ini menggalakkan dengan seramai 200 orang sudah menjadi anggota.

“Hai-O yakin produk berkualiti yang ditawarkan, khususnya penapis air Bio Aura dan pakaian dalam pembentuk tubuh, Premium Beautiful, akan mendapat sambutan baik di kalangan masyarakat negara itu,” katanya pada pelancaran rasmi PT Hai-O Indonesia di sini baru-baru ini.

PT Hai-O Indonesia beroperasi sejak Ogos tahun lepas di kawasan strategik di Rukun Mangga Dua Square, Jl. Gunung Sahari Raya Jakarta, sebuah kawasan yang di keliling gedung membeli-belah utama di kota raya ini. – Bernama

Sumber : Utusan Malaysia 14/04/2010

Labels: | |
MyJ Project

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam (tiga dari kiri)bergambar bersama sebahagian kakitangan Hai-O ketika hadir pada Konvensyen MyJ di Melaka, semalam. Turut kelihatan Tan Kai Hee (kiri).

MELAKA 23 Dis. - Hai-O Marketing Sdn. Bhd., syarikat pemasaran pelbagai peringkat (MLM), menyasarkan jualan 30,000 unit pelbagai produk bernilai RM40 juta sebulan, sebelum akhir tahun depan.

Pengarah Urusan Hai-O Enterprise Bhd, Tan Kai Hee berkata, pihaknya kini mencatatkan jualan kira-kira 20,000 unit pelbagai produk bernilai RM30 juta sebulan.

Beliau yakin jualan produk akan terus meningkat disebabkan mutu produk yang baik, berkualiti dan mendatangkan banyak kebaikan kepada pengguna.

Hai-O Marketing, anak syarikat Hai-O Enterprise mengedarkan kira-kira 100 produk, dengan produk premium Beautiful Far Infrared Rays dan Bio Aura Nano Technology.

Kai Hee berkata, produk yang dipasarkan adalah buatan Malaysia dengan teknologi luar negara termasuk Korea, China dan Jepun.

"Harga produk kami dianggap sederhana dan berpatutan, itulah sebabnya laris sekali dan mudah diterima dengan baik oleh pengguna," katanya pada Konvensyen MyJ Konsortium di sini, hari ini.

Beliau berkata, syarikatnya yang beroperasi sejak 17 tahun lepas, kini mempunyai 100,000 pengedar di seluruh negara dan menyasarkan 4,000 pengedar baru sebulan.

"Kami kini mempunyai 300 orang usahawan jutawan yang bergelar Pengurus Mahkota Berlian (CDM) dan lebih dari 50 stokis di seluruh Malaysia," katanya.

Kai Hee berkata, syarikat itu kini mula menerokai pasaran di Indonesia dengan pelancaran rasmi akan dilakukan pada April tahun depan.

Dalam membimbing usahawannya, beliau berkata, syarikat itu turut memberi bimbingan dari segi pelan pemasaran, penjualan produk dan insentif.

Sementara itu, MyJ Konsortium Sdn. Bhd., pengendali sistem perniagaan MLM yang memasarkan produk Hai-O Marketing pula menyasarkan jualan sebanyak RM10 juta sebulan pada tahun depan.

Pengarah Urusannya, Datuk Suhaili Yosop berkata, 50 usahawan jutawan Melayu yang bergelar CDM dijangka dapat diwujudkan pada tahun depan berbanding 20 orang sekarang ini.

Beliau berkata, sasaran itu diyakini boleh dicapai melalui gerak kerja yang gigih dan sistem pemasaran dikenali MyJ Projek yang dilaksanakan sekarang.

Katanya, ruang pasaran yang masih luas bagi produk Hai-O di Malaysia perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh usahawan muda. - Bernama

Sumber : Utusan Malaysia 24/12/2009

Labels: | |
MyJ Project



Syarikat jualan langsung Hai-O Marketing Sdn Bhd bakal melebarkan sayapnya ke pasaran Indonesia bulan depan sebagai usaha dalam menyahut cabaran untuk membawa jenama berkenaan pada peringkat antarabangsa.

Perkara ini diumumkan oleh Pengarah Urusannya Tan Kai Hee pada majlis makan malam dan penganugerahan pangkat Diamond Sale Manager (DSM), Double Diamond Manager (DDM), dan insentif Tabung Kereta di Malaysia International & Exhibition Convention Centre, Seri Kembangan baru-baru ini...... berita selanjutnya

Sumber : Berita Harian 30/03/2010
Labels: | |
MyJ Project



Terima anugerah CSR Perdana Menteri kategori Pembangunan Aspirasi Wanita

HAI-O Marketing Sdn Bhd menerima Anugerah CSR Perdana Menteri 2009 bagi kategori Pembangunan Aspirasi Wanita sebagai mengiktiraf sumbangan syarikat dalam memupuk dan mendidik usahawan wanita di Malaysia.

Pada majlis penganugerahan yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini, Pengarah Urusan Kumpulan Hai-O, Tan Kai Hee menerima anugerah itu daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Anugerah CSR Perdana Menteri 2009 yang disampaikan oleh Perdana Menteri ini dibahagikan kepada sembilan kategori untuk penilaian terdiri daripada kategori Pendidikan, Persekitaran, Budaya Tradisional, Perkhidmatan Sosial, Tanggungjawab Sosial Korporat / Amalan-amalan Tempat Kerja Terbaik, Pembangunan Aspirasi Wanita, Tanggungjawab Sosial Korporat Syarikat-syarikat Kecil, Anugerah Khas Media dan Tanggungjawab Sosial Korporat Terbaik.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil; Pengerusi Kumpulan Hai-O, Tan Sri Osman S Cassim; Pengarah Eksekutif Kumpulan Hai-O, Tan Keng Song; Pengurus Besar Hai-O Marketing, Jym Ow dan Pengurus Besar Hai-O Enterprise, Tan Kee Hock.

Hai-O Marketing adalah finalis bagi kategori Pembangunan Aspirasi Wanita di mana anugerah ini adalah untuk memberi pengiktirafan kepada syarikat yang membantu kaum wanita yang teraniaya serta syarikat yang mempertingkatkan keadaan sosial dan kualiti hidup wanita.

Tan Kai Hee berkata, ini adalah kali pertama Hai-O mengambil bahagian dalam Anugerah CSR Perdana Menteri dan Hai-O Marketing terpilih dari 80 buah syarikat yang mengambil bahagian serta menjadi finalis bagi kategori Pembangunan Aspirasi Wanita.
“Saya gembira kerana ini adalah satu pengiktirafan dan galakan yang amat besar kepada syarikat Hai-O sekali gus memberi dorongan kepada kami untuk membantu lebih ramai usahawan wanita yang bernaung di bawah Hai-O untuk meningkatkan pendapatan mereka,” katanya.

Beliau berkata, menerusi penyertaan dalam anugerah CSR kali ini, Hai-O Marketing memperoleh pengalaman yang berharga.

“Saya berharap pada tahun-tahun akan datang, kami dapat membuat persediaan dengan lebih baik agar memperoleh anugerah yang lebih besar. Sudah tentunya tujuan utama kami menyertai aktiviti ini adalah sebagai daya dorongan untuk memperbaiki pentadbiran syarikat secara berterusan,” katanya.

Anugerah CSR Perdana Menteri dilancarkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada tahun 2007 bertujuan untuk mengiktiraf syarikat atau korporat yang telah menyumbang bakti kepada komuniti menerusi program CSR masing-masing.

Sumber : Berita Harian 30/03/2010
Labels: | |
MyJ Project


Syarikat jualan langsung Hai-O Marketing Sdn Bhd menyuntik dana sabanyak RM1 juta sebagai modal permulaan bagi membantu golongan miskin dan anak yatim menerusi badan kebajikannya Yayasan Hai-O Marketing (YHOM)....... berita selanjutnya


Labels: | |
MyJ Project
DARI MASYARAKAT KEPADA MASYARAKAT


Keprihatinan terhadap masyarakat khususnya golongan yang tidak berupaya ialah satu prinsip korporat Hai-O yang terpenting. Oleh itu, Hai-O menggunakan pelbagai saluran dalam melaksanakan aktiviti tanggungjawab sosial korporatnya.


Dana untuk Gaza - Februari 2009


Dana Gempa Padang CIMB & The Star - 5 Oktober 2009


Kelab Muhibbah Hai-O: Kempen Derma Darah - Mei 2009


Kelab Muhibbah Hai-O: Lawatan ke rumah orang tua - Januari 2009


Penyerahan van dan Bio Aura kepada Rumah Anak-anak Yatim Baitul Kasih, Rawang - Oktober 2009


Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim / Anak Miskin Kelang (PEYAKIN) - Februari 2010


Good Samaritan Home - Februari 2010


Rumah amal Anak Yatim YPIN - Februari 2010


Pengurusan Baitul Kasih - Februari 2010


Pertubuhan Anak-anak Insan Istimewa Cemerlang - Februari 2010
Labels: | |
MyJ Project
Aktiviti Hai-O Marketing
HAI-O FOUNDATION


PROJEK "AIR BERSIH UNTUK SEMUA"


Hai-O Marketing telah menyumbang 500 unit penapis air berteknologi tinggi Bio Aura kepada Hai-O Foundation untuk didermakan kepada badan-badan kebajikan serta pelbagai badan kerajaan dan swata lain. Sejak Julai 2009, lebih 200 unit Bio Aura telah dipasang di premis-premis tersebut demi perkongsian "AIR BERSIH UNTUK SEMUA"


Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor - Oktober 2009


Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) - Oktober 2009


Majlis Kanser Nasional (MAKNA) - September 2009


Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) - September 2009


Bayan Lepas, Pulau Pinang - September 2009


Balik Pulau, Pulau Pinang - September 2009


Sumbangan Bio Aura kepada Sekolah, Madrasah, Badan Kebajikan di Kuala Kubu Bharu, Selangor - Julai 2009


Gombak, Selangor - Ogos 2009


Segambut Dalam, Selangor - Ogos 2009


Kuala Rompin, Pahang - September 2009


Kinarut, Papar, Sabah - Julai 2009


Kota Kinabalu, Sabah - September 2009

Labels: | |
MyJ Project
 

MyJ Project




TV9
9/6/07


7 Edition
25/08/07






TV3
10/06/07


Edisi 7
25/08/07






Berita 9
30/06/07


TV3 Buletin Utama
25/08/07

Labels: | |
MyJ Project
View Image


Nama Robert Kiyosaki memang cukup terkenal. Menjadi popular kerana buku "bestseller"nya, 'Rich Dad, Poor Dad' yang diterjemahkan ke dalam 35 bahasa itu menjadi panduan kepada mereka yang ingin menguasai masa depan kewangan.

Tetapi yang menjadi pertanyaan sekarang, kenapa orang seperti beliau mengesorkan kita supaya menyertai bisnes Multi Level Markerting (MLM), sedangkan beliau sendiri sebelum ini tidak pernah menyertai mana-mana syarikat MLM ....... more info
MyJ Project

Labels: | |