I made this widget at MyFlashFetish.com.

MyJ Project
Pernahkah anda impikan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya dan disegani, malahan menjadi inspirasi jutaan orang. Contohnya seperti Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukahri, Tan Sri Mustapha Kamal dan ramai lagi.

Tapi pernahkah anda terfikir bagaimana mereka menjadi seperti hari ini? Adakah mereka mempunyai kuasa yang luar biasa?

Jawapannya, mereka sama seperti kita semua. Allah telah mencipta alam ini secara adil dan saksama. Barang siapa yang berusaha dengan gigih dan tidak berputus asa dengan usahanya, insya-Allah kita akan menerima ganjaran daripada Allah.

Apa yang menjadikan mereka ini berjaya? Mereka cuma memiliki semangat dan kegigihan yang tinggi untuk mengecapi matlamat hidup mereka. Oleh itu,dalam proses pembelajaran hidup mereka telah membina beberapa keperibadian yang unggul.Keperibadian yang mereka bina ini, dikembangkan dan diperkasakan sehingga menjadi perwatakan mereka.

Oleh itu sekiranya anda mempunyai sifat-sifat sebegini, insya-Allah anda adalah bakal calon usahawan yang berjaya.

1) Seorang yang mempunyai misi hidup dan perjuangan yang sangat jelas.
2) Mempunyai semangat juang yang tinggi dan selalu bersikap positif.
3) Usahawan perlulah seorang yang kreatif, inovatif dan berinisiatif.
4) Seorang yang cekal dan berani mengambil risiko.
5) Seorang yang berkeyakinan tinggi, bertenaga dan bertindak secara spontan.
6) Seorang yang berorientasikan pengetahuan, kecekapan dan perancangan.
7) Seorang yang mempunyai komitmen kerja yang tinggi, tegas, dan penuh berhikmah.
8) Seorang yang berdikari.
9) Pandai meyakinkan orang lain.
10)Pandai melihat dan merebut peluang.
11)Mempunyai kemahiran komunikasi yang mantap dan meyakinkan.
12)Menitik beratkan kualiti kerja dan hasil kerja.
13)Bijak menyelesaikan masalah.
14)Berkemampuan melihat masalah sebagai proses pembelajaran.
15)Suka menolong orang lain supaya turut berjaya bersama-sama dan tidak kedekut ilmu.
MyJ Project


Labels: | |
MyJ Project


| |
MyJ Project

My J Project sekali lagi mendapat liputan akhbar
di Utusan Malaysia pada 7 Ogos 2009.


Oleh MAZNAH MOHD. ARSAD

MENJADIKAN syarikat multi-level, Hai-O Marketing sebagai platform perniagaan sekumpulan usahawan yang menamakan diri mereka sebagai My J Project berjaya membina nama yang tidak kurang gahnya.

Pada usia mencecah tiga tahun, mereka telah berjaya melahirkan lebih daripada 3,000 usahawan bumiputera yang bukan sekadar mampu membina kejayaan dan kekayaan malah cenderung untuk membina kekuatan ‘modal insan’ berdaya saing.

Apa yang membanggakan daripada 3,000 orang itu sebanyak 14 usahawan terbabit telah mencapai pangkat tertinggi dalam Hai-O Marketing iaitu Crown Diamond Manager (CDM).

Kejayaan ini dicapai dalam jangka waktu pendek berikutan usaha gigih mereka melibatkan diri dalam perniagaan yang menjadikan penapis air, Bio Aura Nano Technology dan Premium Beatiful iaitu pakaian dalaman wanita, sebagai produk utama.

Pengasas My J Project yang telah bergelar CDM, Suhaili Yusof berkata, walaupun baru memasuki tahun ketiga penubuhannya banyak kejayaan yang telah dibuktikan.

“Alhamdulillah setakat ini kami berjaya melahirkan ramai usahawan dan mengubah taraf kehidupan mereka daripada sekadar cukup makan kepada kehidupan yang luar biasa iaitu memperoleh pendapatan cukup mewah.

“Ramai yang memiliki pendapatan melebihi lima hingga enam angka malah dan terdapat 14 usahawan yang bergelar jutawan,” katanya.

Jelas Suhaili, beliau cukup berbangga kerana kumpulannya turut mampu mengubah pemikiran mereka, cara bekerja dan juga cara berkomunikasi.

“Dalam hal ini saya berharap menerusi perniagaan kami yang berlandaskan satu sistem latihan bersepadu iaitu My J Smart To Success System (S2S), akan dapat melahirkan lebih ramai usahawan berjaya dan mampu memberi kesan kepada orang lain,” kata ibu kepada tiga anak ini.

Jelas Suhaili, di samping berusaha untuk menjadi usahawan pihaknya turut tidak melupakan soal mengisi kerohanian dengan menganjurkan kelas-kelas agama dan sebagainya.

Untuk pakej pelancongan kali ini, My J Project telah bersama-sama menyertai pakej ibadah umrah yang dianjurkan oleh Hai-O Marketing Sdn. Bhd.

Hasilnya, pada Sabtu ini seramai 45 orang ahli My J Project akan mengerjakan ibadah umrah selama 10 hari, bersama agensi pengembaraan Tabung Haji Travel & Services Sdn. Bhd.

Sementara itu, mencungkil kejayaan beberapa ahli yang telah bergelar CDM rata-rata mereka mengakui ia adalah hasil keberkesanan strategi My J Smart To Success Sistem (S2S).

“Saya mula menceburi secara serius dunia MY J Project ini pada Mei 2007 dan mendapati ia mampu menghasilkan pendapatan lumayan.

“Berikutan itu saya bersama suami Id Azlan Shah Banyamin masing-masing meletakan jawatan sebagai pegawai bank dan pegawai kastam dan setelah enam bulan kami telah dinobatkan CDM,” kata Sharifah Hazlina Syed Musa, 37.

Wanita yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak ini berkata, daya tumpuan dan kesungguhannya menjalankan perniagaan telah berjaya membantu melahirkan lapan usahawan lain.

Berikutan itu, katanya, dalam tempoh setahun mulai bulan ini dia berhasrat untuk melahirkan 15 lagi usahawan bumiputera di sekitar Perak.

Begitu juga dengan Noraidah Mokhtar, 40, dari Johor Bahru yang mahu berkongsi kejayaannya dalam menerokai perniagaan bersama MY J Project.

Beliau mengenali kumpulan itu menerusi rakannya yang telah menceburkan diri dalam bidang tersebut sejak 2007.

“Berkat usaha gigih saya dan suami, kami berjaya mengubah kehidupan dan merancang untuk melahirkan sekurang-kurangnya tiga usahawan bergelar jutawan,” katanya.

Noraidah memberitahu, misi dan visinya dalam kehidupan ialah mencari peluang di saat-saat tidak memerlukan.

“Ini bermakna kita mencari duit bukan semasa waktu terdesak, sebaliknya semasa kita santai atau di zon selesa,” katanya.

Kamizi Harun, 38, dari Tanah Merah, Kelantan, berkata, bersama isterinya, Noraini Nasir, 38, mereka membuat pinjaman bank RM21,600 bagi mendapatkan modal permulaan dan dalam masa enam bulan pendapatannya telah meningkat dan berjaya melangsaikan hutang tersebut.

“Berbekalkan semangat hasil pendapatan yang pertama kami terus berjuang dan pada Oktober 2006 saya mengambil keputusan meletak jawatan 24 jam sebagai kakitangan sebuah universiti tempatan,” katanya.

Kamizi berkata, kejayaan yang diperolehi bukan sahaja dilihat dari segi wang ringgit, malah kehidupan keluarga termasuk tiga anaknya berubah menjadi lebih cemerlang.

Labels: | |
MyJ Project

Ternyata kehebatan dan kekuatan gerakan MyJ Project. Ini dapat dibuktikan setelah MyJ mendapat sambutan yang begitu luar biasa dikalangan warga limbang. Kejayaan ini adalah pembakar semangat juang kami pejuang2 MyJ untuk terus menjelajah dan menakluki seluruh Malaysia. Insya-Allah segala usaha dan pengorbanan untuk meningkatkan taraf hidup bumiputera ini akan mendapat keberkatan dan kejayaan yang di impikan.
Labels: | |
MyJ Project
Labels: | |
MyJ Project

  • Saya bukan cuba menakutkan anda tetapi jika anda tahu keadaan paip air di rumah anda setelah digunakan dalam masa setahun, beginilah keadaannya.
  • Sebenarnya, karat dan mendapan berbahaya telah mula berkumpul pada dinding dalam paip anda seawal hari pertama penggunaannya.
  • Ini bermakna air yang anda perolehi dari paip rumah anda untuk memasak dan minum sebenarnya mengalir bersama-sama bahan berbahaya ini.


  • Air paip yang anda gunakan setiap hari ini mengandungi bahan-bahan kotoran seperti karat, klorin, logam berat, kuman dan kimia.
  • Tahukah anda bahawa air berklorin mengakibatkan risiko menghidapi kanser sehingga 93% (Sumber : Institut Kanser Nasional USA).
  • Keadaan ini menyebabkan kualiti air yang anda gunakan amat rendah dan berbahaya digunakan setiap hari. Air merupakan bahan yang mudah diserap oleh tubuh badan manusia.

Uji Kualiti Air

  • Elektrolisis adalah metod FDA (Food and Drug Administration) Biro Pengawasan Ubat dan Makanan Amerika Syarikat) yang paling efektif untuk menguji kualiti air. Laporan Biro Kesihatan menunjukkan bahwa terdapat hubungan antara air yang tercemar dan pengaruhnya terhadap kesihatan tubuh badan, serta tentang warna air tercemar setelah melalui proses elektrolisis.
  • Air paip inilah air yang biasa anda minum, setelah melalui proses elektrolisis air menjadi sangat keruh (gambar dlm attachment) alat test air dan elektrolisis. Alat untuk elektrolisis dan tester untuk mengukur jumlah kotoran (mendapan) dalam air. Jika angka tester menunjukkan 5 berarti 5×10 partikel = 50 partikel. Gambar di bawah menunjukkan hasil ujian tersebut :


| |
MyJ Project
Air penting untuk kehidupan kita?

Anda boleh hidup berminggu-minggu tanpa makanan, tetapi tanpa air anda mungkin kehausan dan mati dalam tempoh beberapa hari. Kehilangan 2% air disekeliling sel anda boleh menyebabkan pengurangan 20% tenaga anda.
Pakar pemakanan menyarankan pengambilan kira-kira 2 hingga 2.5 liter air setiap hari (kira-kira 8 gelas air besar)
Air kosong adalah pilihan terbaik membantu dalam metabolisma tubuh berbanding makanan yang mengandungi air dan sup membantu membekalkan sebahagian air sahaja. Kehilangan air tambahan dalam badan jika mengambil minuman berperisa, minuman ringan, kopi dan teh.


Fungsi air dalam tubuh manusia
  1. Menguraikan dan membantu penyerapan nutrient makanan untuk dibekalkan kepada sel.
  2. Pemangkin dalam proses metabolisme.
  3. Mengawal atur kepekatan darah.
  4. Sebagai pelincir untuk mengurangkan geseran antara sendi.
  5. Mengangkut dan menyingkirkan toksin dan bahan buangan.
  6. Mengawal atur suhu badan, tekanan darah dan PH tubuh.
  7. Mengurangkan tekanan dalam tubuh badan menyelaras ketidak seimbangan pada bahagian buah pinggang dan limpa yang disebabkan tekanan.
  8. Melindungi kelembapan dan kekenyalan kulit serta melambatkan proses penuaan.

Kesan kekurangan air terhadap kesihatan
  1. Kehilangan ringan akan menyebabkan dahaga, nafas berbau, bibir merekah, sakit kepala, panas dan sembelit.
  2. Kehilangan serius akan menyebabkan dehidrasi, hilang tumpuan, punca pelbagai penyakit, gangguan mental, darah memekat, panas terasa pada bahagian dada.

MyJ Project


  • Penyelesaian Sempurna Demi Keperluan Anda

Bio Aura Hi-Tech Water System menggabungkan inovasi saintifik dalamnya. Dengan Nano, ia dapat mencapat fungsi membersih, mengalkali dan memberi tenaga kepada air yang diminum secara optimum.




Ciri-ciri Bio Aura:

  • Rekaan yang mesra-penyelenggaraan
  • Pemasangan yang mudah
  • Penutup penapis yang berwarna
  • Saiz penapis yang lebih besar
  • Pengiktirafan kualiti
  • Sesuai untuk kegunaan rumah, pejabat, kilang dan kedai-kedai makan
Keberkesanan Nano dalam Bio Aura:
  • Menapis air secara efektif, menambahkan kandungan oksigen air minuman, menambahkan keberkesanan penyerapan nutrien
  • Kaya dengan bahan-bahan mineral dan nutrien, membantu mengekalkan tubuh yang cenderung kepada beralkali
  • Meningkatkan metabolisme dan peredaran darah badan
  • Menjamin kecantikan dan kehalusan kulit serta kesegaran makanan
Labels: | |