I made this widget at MyFlashFetish.com.

MyJ Project
Pernahkah anda impikan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya dan disegani, malahan menjadi inspirasi jutaan orang. Contohnya seperti Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukahri, Tan Sri Mustapha Kamal dan ramai lagi.

Tapi pernahkah anda terfikir bagaimana mereka menjadi seperti hari ini? Adakah mereka mempunyai kuasa yang luar biasa?

Jawapannya, mereka sama seperti kita semua. Allah telah mencipta alam ini secara adil dan saksama. Barang siapa yang berusaha dengan gigih dan tidak berputus asa dengan usahanya, insya-Allah kita akan menerima ganjaran daripada Allah.

Apa yang menjadikan mereka ini berjaya? Mereka cuma memiliki semangat dan kegigihan yang tinggi untuk mengecapi matlamat hidup mereka. Oleh itu,dalam proses pembelajaran hidup mereka telah membina beberapa keperibadian yang unggul.Keperibadian yang mereka bina ini, dikembangkan dan diperkasakan sehingga menjadi perwatakan mereka.

Oleh itu sekiranya anda mempunyai sifat-sifat sebegini, insya-Allah anda adalah bakal calon usahawan yang berjaya.

1) Seorang yang mempunyai misi hidup dan perjuangan yang sangat jelas.
2) Mempunyai semangat juang yang tinggi dan selalu bersikap positif.
3) Usahawan perlulah seorang yang kreatif, inovatif dan berinisiatif.
4) Seorang yang cekal dan berani mengambil risiko.
5) Seorang yang berkeyakinan tinggi, bertenaga dan bertindak secara spontan.
6) Seorang yang berorientasikan pengetahuan, kecekapan dan perancangan.
7) Seorang yang mempunyai komitmen kerja yang tinggi, tegas, dan penuh berhikmah.
8) Seorang yang berdikari.
9) Pandai meyakinkan orang lain.
10)Pandai melihat dan merebut peluang.
11)Mempunyai kemahiran komunikasi yang mantap dan meyakinkan.
12)Menitik beratkan kualiti kerja dan hasil kerja.
13)Bijak menyelesaikan masalah.
14)Berkemampuan melihat masalah sebagai proses pembelajaran.
15)Suka menolong orang lain supaya turut berjaya bersama-sama dan tidak kedekut ilmu.