I made this widget at MyFlashFetish.com.

MyJ Project
Salam Perjuangan!

Sahabat, berniaga ibarat satu perjuangan yang tiada penghujungnya. Pelbagai ragam dan dugaan yang harus kita tempuhi dalam dunia perniagaan. Malah, kadangkala cacian yang kita terima. Itulah asam garam dunia perniagaan. Dalam apa jua perniagaan, inilah yang bakal kita hadapi. Tetapi dugaan-dugaan seperti inilah yang mematangkan diri dan menguatkan mental kita. Kita harus bersabar menempuhnya kerana saya percaya Allah sentiasa bersama-sama dengan orang-orang yang sentiasa bersabar. Yang penting, apa yang kita lakukan mestilah dengan niat yang betul dan ikhlas.

Sekali kita sudah terjun dalam bidang ini, kita tidak boleh berundur dan mudah mengaku kalah.
Sekali kita mengaku kalah, maka sia-sialah apa yang kita lakukan selama ini. Saya percaya sahabat-sahabat diluar sana sedang berhadapan dengan masyarakat yang masih memandang sinis terhadap perjuangan ini. Malah kadangkala mereka memandang rendah terhadap kita.

Jangan berputus asa dan teruskan usaha kita sehingga kita berada di puncak kejayaan. Kita harus yakin dengan perjuangan ini. Dengan berbekalkan doa dan usaha yang kita ada, Insya-Allah, Allah akan memberikan ruang rezeki kepada kita.