I made this widget at MyFlashFetish.com.

MyJ Project





telah diasaskan oleh YH. CDM Dato' Hjh Suhaili Hj Yusop dan pasangan CDM Hj Sazali Muhamad dan ia mula bertapak di Johor Bahru pada tahun 2006. Antara perintis awal MyJ ialah CDM Kamizi Harun, CDM Juraimi Eshak dan DDM Muhd Zan Hassan.

MyJ merupakan satu kumpulan yang menjalankan sistem perniagaan Multi Level Marketing (MLM) yang memasarkan produk-produk berkualiti dari syarikat Hai-O Marketing Sdn Bhd lahir dari kumpulan yang paling berprestij iaitu The New Power of Dreams (TNPOD) di bawah pimpinan Crown Diamond Manager Haji Jamsari Bin Mokhtar dan pasangan Crown Diamond Manager Hjh Safiah Bt Yusop.

Pada peringkat awal banyak yang menolak akan kehadiran MyJ, kebanyakkan dari mereka adalah tidak yakin dengan perniagaan ini. Tetapi atas dasar 1 keluarga, 1 impian dan 1 gerak kerja semuanya perlu di tempuh jua. MyJ mula membuka ruang dan peluang kepada bumiputera Johor Bahru untuk terlibat dalam bidang keusahawanan ini.

Diatas kejujuran dan sikap tidak berputus asa, MyJ mula membuahkan hasil. Selepas satu tahun MyJ bertapak di Johor Bahru, Smart to Succes System (S2S) di perkenalkan. Sistem ini adalah untuk memberi panduan, latihan serta penggunaan sepenuhnya terhadap kuasa duplikasi MLM. S2S banyak membawa kejayaan pada MyJ dan keberkesanannya maka ramailah pemimpin-pemimpin berkualiti yang lahir.

Ramai yang telah mengakui bahawa MyJ merupakan satu platform yang sesuai untuk usahawan bertapak dan merealisasikan impian mereka. Kini ramai diantara pemimpin MyJ mula membuka ruang dan peluang kepada bumiputera di seluruh Malaysia dan Brunei.

Diantara kejayaan MyJ, telah melahirkan ramai usahawan di kalangan Bumiputera dan mengadakan konvensyen yang pertama pada 25 Oktober 2008 bertempat di The Zone Regency Hotel dan kedua pada 18 Disember 2009 bertempat di MITC,Melaka.

MyJ juga telah memantapkan strategi perniagaan dengan mengadakan beberapa sesi latihan produk, seminar keusahawanan, motivasi dari beberapa pakar motivasi dari tanah air.

|